|
|
|
Pages: [1]
|
 |
|
|
Author
|
Topic: RUMOURS YANG MENJAHANAMKAN PERNIAGAAN (Read 389 times)
|
prochamp
Newbie

Posts: 1
|
Wahai semua penduduk Langkawi...
Saya merasa amat terkilan dengan satu khabar angin (rumours) yang sengaja di bawa oleh orang-orang tertentu kerana persaingan dalam perniagaan. Rumours ini telah berlaku kepada salah sebuah Restoran India Muslim di Pekan Kuah yang lokasinya berada di jalan utama menghala ke Pekan Kuah. Saya merupakan pelanggan tetap restoran tersebut dan mengetahui apa yang berlaku kerana boleh dikatakan saya mengenali hampir ke semua staf di restoran tersebut. Dalam rumours ini telah disebarkan ke seluruh penduduk Langkawi tanpa mengira kaum yang mengatakan bahawa telah berlaku pergaduhan dan pertengkaran yang disebabkan oleh najis yang melekat di cincin si pembuat roti canai. Kononnya berlaku pertengkaran kerana di dalam roti canai tersebut berbau najis. Jika perkara ini benar-benar berlaku ianya sungguh mengaibkan.
Peristiwa ini berlaku bila restoran tersebut ditutup kerana cuti bulanannya pada setiap tanggal 15 atau 16 atau 17 haribulan pada setiap bulan. Disebarkan lagi bahawa restoran tersebut ditutup kerana kejadian tersebut.
Saya yang merupakan pelanggan tetap telah diberitahu oleh staff restoran tersebut dua hari sebelum rumours ini disebarkan, bahawa mereka akan menutup kedai kerana cuti bulanan. Jadi tidak hairanlah jika khabar angin ini disebarkan, saya tidak mudah untuk mempercayainya. Kesan kepada penyebaran rumours ini menyebabkan perniagaan merosot dengan begitu teruk sekali tanpa disedari oleh pemilik restoran itu sendiri sehingga beberapa minggu.
Saya telah mendapatkan gambaran sebenar tentang rumours ini daripada rakan saya Mr. B yang merupakan staff yang paling rapat dengan saya. Bila sahaja terdengar penerangan beliau barulah saya faham. Rupa-rupanya begini ceritanya : Telah berlaku perasaan tidak puashati pemilik sebuah restoran yang berdekatan tentang prestasi yang begitu baik terhadap restoran rakan saya ini. Mereka datang ke restoran rakan saya ini untuk makan dan semasa itulah berlaku cabar mencabar serta ugutan yang mereka akan berbuta sesuatu untuk menutup perniagaan restoran rakan saya ini. Pemilik restoran berkenaan menjadi pening dan susah hati kerana perniagaan mereka merudum dengan begitu teruk sehinggakan dari 2 lot kedai menjadi satu lot kedai. Itupun masih tidak dapat menampung atau mempertahankan kedudukan mereka. Maka berlakulah cabar-mencabar di kalangan pemilik restoran ini untuk menutup perniagaan rakan saya ini. Ketika restoran ini ditutup ketika cuti bulanan mereka, maka rumours ini direka dan ia tersebar dengan begitu cepat. Rumours ini cukup melekat dihati orang-orang melayu serta kaum lain memandangkan status mamak mereka yang sudah tentunya dari India. Saya merasa amat kasihan kepada perniagaan mereka sehingggakan kadang-kadang tiada pelanggan yang singgah kerana cerita-cerita rekaan begini. Oleh itu saya berharap penduduk Langkawi sedar tentang apa yang sedang berlaku dan tidak menambah-nambah cerita kerana menabur fitnah sebenarnya lebih dasyat dosanya daripada membunuh.
Terima kasih.
From Langkawi Prochamp
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
|
Pages: [1]
|
|
|
 |
|